Our Newsletter


Gula dan keburukannya

Posted on 20th Aug 2010 @ 12:48 PM

PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN STEVIA REBAUDIANA BERTONI

Pic 3

Stevia adalah spesis daripada lebih kurang 240 spesis herba dalam keluarga bunga matahari. Ianya banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah.

Pic 4

Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah  stevia. Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi.

Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis sehingga 300 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar.

Kajian perubatan menunjukkan stevia memberi manfaat dalam merawat atau mengawal obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi kerana ia memberi kesan dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Fakta ini amat menarik bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat dalam diet mereka.

Stevia telah digunakan secara meluas sebagai pemanis dan makanan tambahan kesihatan di Jepun, Korea, Kanada, dan Amerika. Jepun dan Korea menggunakan telah menggunakan ekstrak stevia lebih dari 30 tahun sebagai pemanis semulajadi dalam minuman berkarbonat, jus buah-buahan, minuman kesihatan dan sukan, yogurt, pencuci mulut dan pudding, snek, gula-gula, coklat, pastry, mee, sos soya, jeruk, dan biskut. Lebih dari 150 kajian perubatan mengesahkan bahawa stevia adalah tidak bertoksik dan selamat untuk kegunaan manusia. Stevia juga digunakan untuk merawat diabetes dan darah tinggi di Jerman dan Jepun.

Stevia mempunyai pelbagai gred. Reb – A 80% adalah gred stevia yang terbaik yang dihasilkan daripada ekstrak stevia yang mengandungi pemanis dengan kalori sifar.
Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara.

STEVIA DAN DIABETES – Merangsang penghasilan insulin dan menjadikan tindak balasnya dengan glukos normal terutama bagi pesakit diabetes Jenis-2.

STEVIA DAN TEKANAN DARAH TINGGI - Memberi kesan kepada pengangkutan dan penyerapan kalsium dalam badan sama seperti kesan dari sejenis ubat yang biasa digunakan untuk pesakit tekanan darah tinggi yang dipanggil Calcium Channel Blocker.

- Bahan yang membuatkan daun stevia manis – Steviol Glycoside (Stevioside) – Wikipedia

 

 

APA ITU GULA ???

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori Pic 6dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.

Pic 7INFO ! – Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan)

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?

Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu.

Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.

Kita kini mempunyai pilihan lain selain gula. Memperkenalkan Jua-Via ™ yang kandungannya 100% ekstrak stevia tulin. Sejenis pemanis semulajadi yang lebih manis 200 kaliganda daripada gula tebu dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Oleh itu jadikanlah Jua-Via ™ sebagai pemanis seharian anda !!!

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh

11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh!

 

JANGAN TERPEDAYA !!!

Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :-

* Glukosa * Fruktosa * Laktosa * Maltosa
* Sukrosa * Sirap Glukos * Sirap Maple
* Molases * Sirap Hitam * Sirap Kencana
* Dektrosa * Sorbitol

BAHAYA PENGGANTI GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN

Hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.

Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Gula Sintetik Lain – Sukralose.

AWAS !!! 78 JENIS KEBURUKKAN GULA YANG PERLU ANDA KETAHUI !!!

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteriaPic 8
8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigiPic 9
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuhPic 10
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelitPic 11
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

BAGAIMANA ??? MASIH BERMINAT DENGAN GULA SETELAH MENGETAHUI KEBURUKANNYA TADI ???

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA GULA !!!!