Our Newsletter


Sejarah SRM

SAHABAT ROSELLE MARKETING, PRODUK MUSLIM PILIHAN ANDA

Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."

DALIL NAQLI

Firman Allah SWT bermaksud:

 

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

DALIL AQLI

Riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

yang mafhumnya: Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, 

“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’”

 (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

SEJARAH  AWAL ,  SAHABAT  ROSELLE  MARKETING

Pengenalan

Sahabat Roselle Marketing(SRM), merupakan pemborong halal hub kepada peniaga dan pengguna produk Muslim. SRM sentiasa berusaha untuk memastikan  produk- produk halal muslim dapat di pasarkan kepada para peniaga seterusnya memudahkan pengguna untuk mendapat produk tersebut.

Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan. Bagaimana wujudnya Sahabat Roselle Marketing?

Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim.  Beberapa pendedahan media sebelum ini menambahkan lagi tahap kesedaran Masyarakat Islam akan kepentingan memastikan status halal sesuatu produk yang dibeli.

Misalnya mengenai kandungan bahan berbahaya iaitu bahan peluntur dalam tepung gandum, kandungan asid boric dalam sesetengah jenama mee,  tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.

Cuba periksa barangan keperluan harian kita...Barang untuk masakan... Jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat/mengilangkannya?? Ada tanda HALAL atau tidak?? Apakah kandungan yang terdapat didalamnya??

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak.

Sebenarnya banyak produk Muslim ada di luar sana . Cuma tiada kaedah pemasaran yang teratur, membuatkan produk Muslim, yang biasanya di usahakan secara Perindustrian Kecil dan Sederhana, kurang mendapat tempat di hati pengguna kerana sukar pengguna muslim untuk mendapatkan bekalannya.

Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL MUSLIM dalam kehidupan seharian, pengurus SRM  bertekad untuk mengubah cara kehidupan masyarakat agar lebih  peka terhadap produk muslim yang merupakan aset penting dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, Pengurus SRM sendiri, adalah seorang yang sangat  menjaga makanan dan minuman sehariannya.

Kami di SRM , sentiasa memastikan produk yang kami jual tidak mengandungi unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, kecantikan, penjagaan diri, pencuci dan lain-lain.

Oleh kerana , memperniagakan barang-barang halal merupakan fardhu kifayah.maka SRM telah berusaha untuk menjadi pemborong produk halal muslim dan membuka KEDAI SRM yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim sahaja.

OBJEKTIF

Sahabat Roselle Marketing sentiasa menambah produk- produk halal untuk di pasarkan disamping dapat membantu usahawan bumiputera muslim bersaing maju dalam perniagaan. Ia juga mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.

MISI

Warga SRM beriltizam tinggi untuk menjadikan SRM pemborong dan Peruncit terunggul produk halal muslim di Johor khasnya, Malaysia amnya.

Misi SRM juga adalah jelas. Kami berazam untuk menyelesaikan permasalahan kepengunaan barangan HALALLAN  THOYYIBAH serta mempertahankan maruah dan hak pengguna ISLAM.

 

VISI SRM :

1. Membuka rangkaian srm di setiap daerah untuk memudahkan orang islam mendapatkan barangan HALALLAN  THOYYIBAH di daerah masing-masing.

2. membuka  peluang perniagaan kepada usahawan muslim yang mahu berniaga produk halal muslim.

3. membangunkan ekonomi ISLAM dengan  memberi peluang kepada pengeluar muslim untuk memasarkan produk mereka kepada orang ramai.

4. Berusaha memastikan umat islam yakin dan beralih kepada produk muslim untuk kesejahteraan dunia akhirat dengan membawa slogan  'PRODUK MUSLIM PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.

  

SEJARAH PENGASAS SAHABAT ROSELLE MARKETING (JM0454405-K)

Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006. Menyedari keperluan semasa Umat Islam, dengan iltizam dan semangat kejayaan akan memihak kepada orang yang sabar, pengurus SRM menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengumpulkan dan menjual semua produk Halal Muslim di seluruh Malaysia . Beliau seorang yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, tidak malu di hina ,yakin produk halal muslim,suatu hari  akan di terima masyarakat muslim. SRM terus memasarkan produk Halal Muslim yang selalunya berstatus PKS walaupun pada awalnya di perlekeh orang muslim sendiri.

Pada peringkat awal berniaga, SRM, memasarkan produk berasaskan buah roselle seperti halwa ,jem, dan kordial roselle keluaran Bumiputera Muslim.Tanpa mengenal erti putus asa, dan gigih berusaha sendiri, SRMmenjual produk tersebut di Pasar-pasar Tani, pasar peladang dan ekspo jualan seperti di Plaza Angsana. Kemudian sedikit demi sedikit srm mencari dan menanmbahkan produk halal muslim di kedai.

Kata-kata hinaan dan nista, adalah lumrah kehidupan. Begitu juga yang dilalui oleh Pengurus SRM. Kata-kata hinaan seperti,”

“Alah, kalau setakat  jual produk Islam je, boleh maju ke.”

“Eh, boleh dapat untung ke jual Produk orang Islam ni? “

“ Ada orang nak beli ke produk macam ni?”

“ Ada orang datang kedai ke?”

 

YAKIN ATAS JANJI ALLAH

Yakin atas janji Allah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar, Pengurus SRM, meneruskan langkah maju setapak demi setapak lagi dalam bidang perniagaan pemasaran produk Halal Muslim. Istiqamah,teruskan perjuangan, jangan peduli orang cakap,sabar dan doa, adalah kata-kata motivasi yang di berikan kepada pekerja. Ingatlah rezeki allah yang beri bukannya manusia.

Inspirasi beliau ialah beliau ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW yang menjadi peniaga dan usahawan Berjaya. Bukankah,  Berniaga juga adalah Sunnah Rasulluah SAW? Maka, usahlah kita malu untuk berniaga. Kita bukan mencuri.  Kita bukan meminta daripda orang lain. Tapi kita berusaha di atas kaki kita sendiri.

 

KONSEP SAHABAT ROSELLE MARKETING

Sahabat Roselle Marketing adalah pemborong ,pengedar dan peruncit barang-barang halal muslim.. Bagi memastikan produk dapat di pasarkan dengan lebih jauh lagi, maka  Kedai Sahabat Roselle (JM0549153-H) telah ditubuhkan pada 21 Julai 2009. Kedai SRM merupakan rangkaian SRM untuk memasarkan produk muslim secara pukal dan runcit. Kini kedai SRM sudah semakin di kenali di negeri johor.


Berbeza dengan kedai runcit biasa, SRM menjalankan perniagaan dari pukul 8.30 pagi hingga 9.00 mlm bagi setiap hari Sabtu hingga Khamis, manakala tutup pada setiap hari Jumaat.

Sahabat Roselle Marketing juga memfokuskan produk halal yang mesra pelanggan ready to eat dan  ready to cook, yang sesuai dengan dengan penggunaan pengguna yang sibuk dan mempunyai masa yang pendek di rumah setelah berada di tempat kerja yang panjang.

Hampir 80 peratus barangan yang kami pasarkan merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor.

 

Sahabat Roselle Marketing  telah beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai Johor. Konsep SRM yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.

Bertitik-tolak daripada ini, Kedai SRM di buka di
 Bandar Baru Uda, Johor Bharu pada 21 Julai 2009. Ia disusuli cawangan lain iaitu di Taman Mutiara Rini, Skudai Johor pada Mac 2011 (beroperasi sehingga September 2013), Puchong, Selangor pada 1 Mac 2012, Taman Universiti, Skudai Johor pada 16 Februari 2013.

SRM juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan konsep peruncitan Islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi peruncitan.

Mengapa Tagline "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 

Ramai yang bertanya mengapa Sahabat Roselle Marketing menggunakan tagline, "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."   

Bagi Pengurus SRM, Tagline "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim...", adalah kerana, perkataan Muslim tidak mencirikan kepada mana-mana bangsa dan kaum.

Tidak kira apa bangsa dan keturunan seseorang, target jualan produk yang dipasarkan adalah untuk Orang Islam.   Oleh itu, tidak kira seseorang itu berketurunan China, India, Kadazan, Murut, Melayu,Melanau dan lain-lain,  asalkan dia beragama Islam, maka hasrat SRM, individu Muslim itu mendapat kebaikan dengan tertubuhnya syarikat Sahabat Roselle Marketing ini. Bukankah Islam itu membawa rahmat kepada seluruh alam.SRM mahukan  orang Islam sedar dan  sokong produk islam,bila dah maju,insyaallah akhirnya orang bukan islam akan beli juga produk muslim .

Kategori produk yang kami pasarkan adalah seperti di bawah:

Produk Kesihatan

 Produk untuk IQ dan Minda, Set bersalin, Produk kesihatan untuk  kaum lelaki,  kaum wanita, usia emas dan kanak-kanak.

 

Produk Runcit (makanan dan minuman)

Produk runcit seperti Sardin, ikan bilis, beras, minyak sapi, Rempah Ratus, Kopi, Kordial dan lain-lain.

 

 

Produk Bahan Pencuci & Penjagaan Diri

Produk bahan pencuci dan penjagaan diri seperti sabun cuci baju, sabun mandian, syampoo, sanitizer tangan dan lain-lain lagi.

 

Produk Sejuk Beku (frozen)

Produk sejuk beku seperti Ayam organik, bebola, nugget, karipap segera dan lain-lain.

 

MENYAHUT CABARAN DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Alhamdulillah, mulai 1 May 2010, syarikat Kami "Sahabat Roselle Marketing" maju setapak lagi dengan menceburi bidang perniagaan secara "Online". Ini merupakan satu lagi cara untuk kami mengembangkan jualan produk-produk Halal Thoyyiba.

Hasrat suci kami menyahut cabaran dunia teknologi maklumat di Malaysia . Atas kesedaran umat  Islam yang semakin mementingkan produk Halal, maka kami merasakan amat perlu kami terjun dalam dunia perniagaan secara dalam talian ini.

"Kedai Sahabat Roselle " secara Online ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan Barangan Keperluan ataupun produk halal dengan lebih mudah tanpa perlu bersusah payah untuk ke kedai.

Sila layari website kami di http://www.sahabatroselle.com

MEMPELBAGAIKAN BIDANG PERNIAGAAN

Alhamdulillah,  mulai 15 Disember 2016, SRM telah menubuhkan SRM Hardware & Bikes bagi menjalankan aktiviti bidang perniagaan kedai peralatan logam atau ‘hardware’ serta penjualan dan servis basikal.  SRM telah mengambilalih pengurusan perniagaan ini serta membeli lot kedai tersebut untuk menempatkan pejabat urusan SRM.

 

RESIPI KEJAYAAN PENGURUS SRM

Pengurus SRM, sangat berpegang teguh kepada prinsip perniagaan Islam. Beliau lebih suka menjalankan perniagaan secara tunai dan bukannya hutang. Seorang anak felda yang miskin, tetap gigih berusaha tanpa jemu, rajin dan tidak malas, berani kerana benar.

Berikut ialah rahsia kejayaan Pengurus SRM:

1)      Berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith

Sebagai Umat Islam, beliau sangat berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith. Apa yang Allah dan rasulNYa perintahkan, beliau ikut. Apa yang ditegah oleh Allah dan rasulNya, beliau tinggalkan. Ini kerana, beliau yakin pada janji Allah, sebagaimana Firman Allah SWT, Mafhumnya;

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)

Sabda Nabi Muhammad SAW, Mafhumnya:

“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

2)      Istiqamah mendirikan Solat sunat Dhuha.

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ”

3)      Istiqamah dengan Solat Tahajjud

4)      Istiqamah dengan Membaca Al Quran

5)      Berbaik sangka dengan Allah SWT Di atas setiap kejadian yang berlaku.

6)      Menjaga persahabatan dalam perniagaan.

7)      Mempunyai pengetahuan secara mendalam mengenai produk yang dipasarkan.

8)      Mengamalkan sikap-sikap positif.

9)      Fokus dalam sesuatu produk.

10)   Menjaga makanan dan minuman dan berani menghadapi cabaran.

 

Produk Halal Tuntutan Syarak

Mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik.

HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah. 

Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita. Makanan Halal, Membantu membentuk Keluarga bahagia, Masyarakat Sejahtera

Firman Allah SWT: 

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” (QS Al-Maidah: 88)

Antara kebaikan kita melazimi yang halal dalam kehidupan s eharian  kita ialah, mustajabnya doa hamba itu.

Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).

“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. 

(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

 

Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita.  Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.

Makanan memiliki pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan fizikal badan, jiwa, emosi dan minda. Kata para saintis cerdik pandai, otak kita tidak akan berfungsi dengan betul, bahkan jiwa mudah saja menjadi pesimis andai kita tidak dibekalkan makanan lebih dari tempoh 20 jam.

Begitu juga sebaliknya, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan teratur, anda mampu bertindak lebih efisien, cerdas, lebih bersemangat & yakin diri bahkan kelihatan amat ‘berkuasa’.

Kepada para ibubapa, tentu ingin mempunyai anak yang soleh dan solehah. Oleh itu berikanlah rezeki yang halal kepada anak-anak.  Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak .

Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Oleh itu, usah hanya beretorik tentang halal haram, seandainya diri kita sendiri tidak memulakan menggunakan dan mengambil makanan, minuman dan produk kesihatan, penjagaan diri, alatan lain yang halal lagi thoyyiba.

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini.

Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT.  Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

MUTIARA KATA  MOTIVASI PENGURUS SRM

‘JIKA KITA MAKAN UNTUK HIDUP, MAKA CUKUPLAH APA YANG ADA DI KEDAI SRM,

TAPI JIKA KITA HIDUP UNTUK MAKAN, MAKA TAK TERCUKUPLAH APA YANG ADA PADA KITA,

KERANA NAFSU TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG ADA”

 

Peluang Perniagaan, Bersama SRM

Anda ingin berniaga, tetapi tiada modal besar? Anda ingin tambah pendapatan diri, tetapi tidak tahu hendak berniaga apa? Anda tak tahu berniaga, tetapi berminat menambah pendapatan, dengan cara yang halal? Anda pernah berniaga, Tapi tak Berjaya?

kami membuka PELUANG PERNIAGAAN kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.

Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui peluang perniagaan ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam.

Menerusi pakej niaga yang kami disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai runcit berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.

 

SAHABAT ROSELLE MARKETING:

PEJABAT URUSAN DAN CAWANGAN

 

PEJABAT URUSAN  :

No. 34A,  Jalan Impian Emas 7 ,Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor, Malaysia

HP : +6019 778 3029, +6019 770 3029

 

SRM HARDWARE & BIKES 
No. 34,  Jalan Impian Emas 7, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor, Malaysia

HP : 012 012 774 4084, 011 3977 3724

 

KEDAI SAHABAT ROSELLE Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor.
HP: 019 777 3022

 

KEDAI SAHABAT ROSELLE Taman Universiti,

No. 28 Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor.

HP: 019 777 0793

 

KEDAI SRM PUCHONG SELANGOR

No 67, Jalan PU 9/1,Taman Puchong Utama, 

47140 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

HP: 019 777 3094, 019 777 3194

 

Untuk sebarang khidmat bantuan, emailkan kepada

En.Ali di srm_3029@yahoo.com atau srm3029@gmail.com

Email Kedai SRM - kedaisrm@gmail.com

Hotline SRM: KL : 019-777 3094, JB: 019-770 3029

 

DI SEDIAKAN OLEH:

EN. ALI-PENGURUS SRM

 

Koleksi Gambar Cawangan Utama di Taman Impian Emas – MEI 2006 

IE1.JPGP1010001.JPG

P1010011.JPGP1010007.JPG

P1010003.JPGP1010004.JPG

P1010002.JPGIE6.JPG

IE5.JPGIE8.JPG

IE7.JPGIE10.JPG

IE9.JPGP1010008.JPG

IE11.JPG