Our Newsletter

Green Tea Colustrum [GTC]

RRP:
Price:
RM 85.00
Vendor:
Brand:
Ar Raihan Food Industries
Weight:
Rating:
()
Availability:
Shipping:
Calculated at checkout
Current Stock:
94
Gift Wrapping:

Quantity:

Product Description

Produk Susu Green Tea Colostrum
Susu Kolostrum Teh Hijau

Ia adalah produk susu minuman kesihatan gabungan teh hijau dan susu kolostrum.

Teh hijau (Camellia Sinensis Extract) mengandungi Polyphenols (EGCG), antioksidan terbaik (100x ganda dari vitamin C, 25x ganda dari vitamin E)

Susu kolostrum adalah susu awal lembu (3 hari pertama selepas beranak). Kandungan susu dengan khasiat tinggi mempunyai lebih kurang 100 nutrient yang boleh dibahagikan kepada 2 faktor.

  • Faktor daya tahan dalam susu kolostrum terdiri dari immunoglobulin (IgG, IgM, IgE, Laktoferin dan sebagainya).
    Ia ber manafaat dengan menguatkan kesihatan sistem imun yang melindungi badan dari penyakit terutama jangkitan virus, bakteria, kulat.
  • Faktor Tumbesaran pula penting bagi kesihatan untuk merangsang pertumbuhan dan baik pulih sel tubuh seperti adanya EgF, TGF, IgF, GH yang melindungi badan dari penyakit metabolisma (metabolic disease).

Kelebihan Susu dan Khasiat Susu Kolostrum Teh Hijau / Green Tea Colostrum

  • Green Tea / Teh hijau kaya dengan antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.
  • Susu Kolostrum membantu cergaskan kesihatan badan.
  • Sesetengah pengidap barah mendapati pengambilan Green Tea / Teh Hijau menambah kesihatan tubuh badan.
  • Green Tea Colostrum boleh membantu paras kolesterol lebih terkawal.
  • Susu kolostrum bersama teh hijau membantu mengurangkan lemak di viscera bila digunakan bersama program pengurangan lemak yang lain.
  • Pengambilan khasiat nutrien susu dalam produk Green Tea Colostrum boleh membantu daya ingatan dan tumpuan.
  • Apabila kesihatan tubuh badan bertambah, sistem imun tubuh dan daya tahan terhadap jangkitan lebih baik.
  • Susu kolostrum dan teh hijau ini membantu mengurangkan aras gula darah.
  • Susu kolostrum kaya dengan vitamin dan galian untuk kesihatan
  • Pengambilan susu ber manafaat membantu proses pemulihan kecederaan dan penyakit
  • Pengambilan produk susu kolostrum teh hijau yang berterusan boleh merangsang pertumbuhan tulang, rawan, otot, saraf, tisu penyambung dan kulit

Khasiat Kandungan Susu GTC

Saiz Bacuhan Per 15gm Per 100gm
Protein 5gm 33.4gm
Karbohidrat 8.1gm 54.1gm
Lemak <1gm <1gm
IgG 135mg 900mg
Tenaga 224kJ (51kCal) 1490kJ (355kCal)
Mineral
Sodium 90mg 600mg
Calcium 142.5mg 950mg
Iron 0.09mg 0.6mg
Magnesium 15mg 100mg
Phosphorus 136.5 910mg
Vitamin
B1 (Thiamin) 0.08mg 0.5mg
B2 (Riboflavin) 0.3mg 2mg
B3 (Niacin) 0.17mg 1.1mg
Biotin 3.9pg 26pg
Folate 6.75pg 45pg
A 157.5pg 1050pg
D3 1.8pg 12pg

Penyediaan

Bancuh sepaket Susu Green Tea Colostrum / Kolostrum Teh Hijau ke dalam segelas air suam (50 Celsius kebawah) dan kacau hingga sebati. Air panas boleh merosakkan kandungan IgG susu. Selepas bancuh susu Green Tea Colostrum perlu di minum segera untuk mengelakkan kandungan susu nya dari perubahan kualiti.

Penyimpanan susu Green Tea Colostrum.

Elak susu Kolostrum Teh Hijau ini terdedah pada panas dan lembab.

Cara penggunaan

  • Mulakan dengan 1 paket Green Tea Colostrum 2 kali sehari untuk minggu pertama.
  • Berikutnya 1 paket susu sehari.
  • Elok diminum pada awal pagi, 1 jam selepas bangun tidur.
  • Untuk ahli sukan minum 1 paket Susu Kolostrum Teh Hijau ini di minum 1 jam sebelum senaman atau latihan.
  • Untuk membantu menguruskan badan minum pagi dan malam. Kurangkan kandungan makanan karbohidrat, berlemak dan berminyak sehingga separuh dari biasa.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  6. Menggalakkan pembakaran lemah
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
      Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

Teh Hijau / Green Tea

Green Tea/Teh Hijau

Perumpamaan Cina : "Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".

Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.

Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:

  • hijau
  • hitam
  • oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa Green Tea Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.

Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Find Similar Products by Category

Write your own product review

Product Reviews

This product hasn't received any reviews yet. Be the first to review this product!

Currency Converter

Choose a currency below to display product prices in the selected currency.

Malaysia Default Currency
Brunei Darussalam Dollar Brunei
Singapore Dollar Singapore

Add to Wish List

Click the button below to add the Green Tea Colustrum [GTC] to your wish list.

You Recently Viewed...