New Products
Hadi's Nutri Meal
Hadi's Nutri Meal – Makanan Berkhasiat untuk Seisi Keluarga |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
HADI'S yang merupakan produk keluaran tempatan dan halal adalah makanan berkhasiat yang rendah lemak dan kalori diperbuat daripada 100 peratus ramuan semulajadi, menggunakan teknologi terkini yang memberikan manafaat dalam membekalkan sumber makanan sihat bermutu tinggi. Berasaskan minuman berbijirin. Nutri Meal diperkaya dengan vitamin, mineral, yis dan serat iaitu empat sumber yang memenuhi keperluan dan kriteria makanan sihat bagi meningkatkan kadar metabolisma dan mengurangkan lemak dalam badan dan pada masa yang sama akan menambahkan apa-apa kekurangan zat dan vitamin di dalam badan kita. Oleh sebab itu, ianya sesuai di makan oleh semua peringkat umur dan ibu-ibu yang sedang hamil. Dengan pengambilan HADI'S secara konsisten akan menjadikan tubuh anda seimbang cantik luaran dan dalaman. Dari sudut kesihatan, ia membantu memperbaiki daya pemikiran dan penumpuan. Jika anda bukan penggemar susu dan makanan kalsium yang lain, minuman kesihatan ‘perfect meal’ adalah pilihan terbaik. Bagi anda yang bekerja, tenaga amat diperlukan sepanjang hari. Minuman kesihatan ini bukan sahaja mampu mengekalkan rasa kenyang, malah memberi tenaga untuk sepanjang hari. Ia kaya dengan vitamin, zat galian, yis dan serat. Justeru itu, ia memenuhi keperluan khasiat harian anda dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Hadi’s Nutri Meal juga membantu melangsingkan badan, serta menjadikan kulit lebih sihat kerana ramuan-ramuannya rendah lemak dan kalori. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kebaikan Hadi’s Nutri Meal:
Soalan Lazim
|
Posted by Shahrun Nizam on 1st Jan 2011
Assalamu'alaikum.
Saya pernah beli dan minum Hadi's Nutri Meal keluaran Omeco.
Saya dapati ianya dibungkus dengan bagus dan menarik termasuklah kotak luar yang memikat kerana berwarna-warni.
Saya mula mengenalinya menerusi siaran Radio IKIMfm pada tahun 2007.
Biarpun saya cuma beli dua kotak setakat ini iaitu sekotak pada April 2007 dan kotak kedua pada Mei 2008, saya kira promosinya perlu ditambah dan diluaskan lagi.
Patut juga ditambah pengedar dan stokis secara lebih bersungguh-sungguh.
Oleh kerana kekurangan pengedar, saya sukar untuk mendapatkan bekalan.
Kali pertama saya beli menerusi pengedar yang juga pemandu teksi dari Bukit Gambir, Ledang, Johor dan kali kedua dari sebuah kedai kitab agama di bandar Kota Bharu, Kelantan.
Kini, saya tidak dapat manfaatkan Hadi's Nutri Meal lagi kerana sukar dapatkan bekalan.
Tambahan pula, saya kehilangan nombor telefon bimbit pakcik pemandu teksi itu.
Hendak beli di Kota Bharu, terlalu jauh sebab saya tinggal di Muar, Johor.
Namun begitu, saya baru terjumpa peluang beli Hadi's Nutri Meal menerusi laman Sahabat Roselle.
Apapun, saya dapati ianya begitu bagus kerana dapat mengurangkan sakit sendi dan mengurangkan buncit pada perut saya.
Choose a currency below to display product prices in the selected currency.